My Best Nuffnang

Need Another Language For This Site?

Tuesday 1 November 2011

Kenali Peti Sejuk Anda

Tak kira siapa anda, tak kira apa kedudukan anda, tak kira di mana anda tinggal dan tak kira berapa umur anda, nampaknya semakin hari peti sejuk mulai mempengaruhi cara dan gaya hidup anda. Jangan kata tidak!

Jika saat ini anda rasa dahaga dan kemudian anda memang dilingkungi bahang kepanasan cuaca khatulistiwa yang memang merimaskan, secara jujur apa jenis minuman yang anda idam-idamkan? Minuman panas? Minuman sejuk?

Rasanya anda memang seorang pemilih yang bijak. Takkanlah anda nak teguk minuman yang membakar panasnya dikala anda kerimasan dengan kepanasan cuaca yang melampau. 

Untuk blog saya kali anda, saya akan membawa anda mengenali peti sejuk anda dengan lebih rapat lagi. Lebih intim. Agar dengan keintiman tersebut anda mampu menyatakan sedikit ungkapan terima kasih kepada peti sejuk anda.

Ramai orang seakan tidak memperdulikan peti sejuk mereka selepas sahaja dibeli. Cuma sekali-sekala anda hanya mengambil sehelai tuala pengelap yang kecil dan membasahkannya dengan air kemudian mengelap badan peti sejuk tersebut supaya nampak bersih. Itu memang patut. 

Tahukah anda bahawa peti sejuk memerlukan penjagaan yang rapi agar hayatnya tahan lama. Bukan hanya sekadar memampatkannya dengan berbagai jenis bahan kemudian meninggalkannya sendirian. Kemudian apabila perlu barulah anda terkenjut-kenjut mendatangi peti sejuk anda. Tidak, bukan demikian.

Keintiman anda dengan peti sejuk anda tidak diperlihatkan dengan betapa hebatnya peti sejuk anda kerana besarnya, jenamanya yang terkenal, mahal harganya, dan kehebatan kuasa penyejukannya tanpa frost. Peti sejuk yang kecil pun sudah memadai untuk membuktikan betapa anda memerlukan sebuah peti sejuk.

Prinsip operasi dan pengendalian peti sejuk adalah serupa tanpa mengira berapa besar atau kecilnya saiz peti sejuk tersebut. Komponen-komponen yang ada tetap sama. Cuma saja alat-alat tambahan pengoperasian yang ada antara peti sejuk besar dan kecil sedikit berbeza  tetapi tidak terlalu jauh. Jika peti sejuk besar ada pemampat, peti sejuk kecil pun ada pemampat juga cuma saja saiz dan kapasitinya agak kecil.

Nampaknya kehidupan manusia tidak boleh tidak atau sekurang-kurangnya memerlukan sebuah peti sejuk di rumah masing-masing. Bukan untuk menunjuk-menunjuk, bukan dijadikan bahan mengada-mengada, dan bukan dijadikan sebagai harta kebongkakan tetapi sebagai keperluan kehidupan masa kini.

Persoalannya ialah bagaimana sesebuah peti sejuk mampu dan boleh menjadikan bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam kabinet peti sejuk jadi sejuk atau adakalanya menjadi keras, sekeras batu?

Jangan lupa mengikuti blog saya seterusnya.

No comments:

Post a Comment